Cara Mendaftar perniagaan dengan SSM

28 Jul, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Perniagaan

FireShot capture 021 Suruhanjaya Syarikat Malaysia www ssm com my cariannama php Cara Mendaftar perniagaan dengan SSM

Semalam aku telah menulis tentang usahawan menerusi talian dikenakan tindakan, sekiranya tidak mendaftar perniagaan mereka. Tapi pada kali aku ingin berkongsi malumat tentang bagaimanakah cara untuk medaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Kelayakan yang perlu ada pada untuk mendaftar perniagaan adalah Warganegara Malaysia dan penduduk tetap  yang Berumur 18 tahun ke atas.

Bayaran yang dikenakan adalah RM 30 bagi perniagaan tunggal yang menggunakan nama peribadi seperti yang tertera dalam Kad pengenalan anda. Misalnya, shaharil Marketing, Shaharil profit online dan sebagainya.

Bagi yang menggunakan nama dagang iaitu tiada kaitan dengan nama pemohon, bayarannya adalah RM60 . Contohnya, Jiwang Network dan Bizonline adalah contoh nama dagang.

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:

1- Pergi ke cawangan SSM yang berdekatan dengan kawasan anda. Jika anda tinggal di kawasan puchong misalnya, cari SSM di kawasan puchong.

2-  Secara online. Layari website SSM untuk mendaftar dan mencari nama syarikat secara online. Pasal cara untuk mendaftarnya pulak anda boleh mencubanya sendiri ya. icon smile Cara Mendaftar perniagaan dengan SSM

Selepas anda sudah mendaftar syarikat anda digalakkan membuat  website dengan  menggunakan domain sendiri. Hal ini kerana memudahkan pelanggan anda berkomunikasi secara talian atau di internet. Selain itu, Meningkatkan tahap profesionalisme  dalam perniagaan di mata bakal pelanggan  dan pelanggan tetap anda. Seterusnya, pembinaan jenama syarikat dapat dilakukan dengan mudah dan mendekatkan lagi hubungan dengan mereka.  Kebanyakan syarikat mempunyai website sendiri.

Setelah selesai, buka satu akuan bank yang khusus untuk akuan syarikat. Antara bank yang famous adalah seperti Maybank, CIMB Bank dan Bank Islam. Bank – bank yang selalu digunakan oleh pelanggan yang untuk membuat transaksi di internet. Tapi saya lebih suka menggunakan Maybank kerana bilangan cawangannya mudah didapati diseluruh Malaysia. Dan senang untuk online banking tanpa perlu beratur panjang lagi.

Cara untuk membuka akuan Maybank adalah seperti Berikut:

1- pergi Kaunter dan minta borang.

2- Isi borang dan lengkap borang tersebut dengan memenuhi apa yang diminta. Dalam borang tersebut, sila pilih akaun semasa al-wadiah  atau al -Wadiah current account.

3- Hantar borang tersebut.

Pastikan anda membawa kesemua apa yang dikehendaki.  Jika anda nak tambah lagi maklumat atau memperbetulkan malumat  pasal buka akuan bank Maybank dipersilakan.

Nota kaki: Saya tidak pernah e-logdement, jadi saya tak dapat memberikan maklumat
dengan lebih lengkap lagi.
Sila hubungi SSM untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih.

Tentang Penulis: shaharil

Saya bernama Shaharil. Seorang insan biasa yang masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan. Salam Perkenalan dan Selamat Datang.

10 Responses so far | Have Your Say!

  1. titan  |  July 28th, 2010 at 11:06 am #

    rasanya ramai yang tak tahu lagi. So, bolehla ambil tahu lepas ni..
    titan´s last [type] ..Dapat 40 Dollar untuk kerja 1 Minit

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Kalau macam tolongla sebarkan benda ini. Moga-moga mereka sedar akan keperluan untuk mendaftar perniagaan.

    [Reply]

    titan - Gravatar
  2. Anarm  |  July 29th, 2010 at 9:59 pm #

    aku rasa setiap company/bisnes mmg perlu daftar dgn SSM.. secara tak langsung menunjukkan komitmen kita terhadap bisnes yg kita buat..

    aku daftar tahun lepas kene RM70.. Enterprise.. bulan 12 nanti nk kene renew..
    Anarm´s last [type] ..Polis tumpaskan skim cepat kaya

    [Reply]

    shaharil Reply:

    betul tu, barulah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengusahakannya.

    [Reply]

    Anarm - Gravatar
  3. jawatan kosong  |  October 1st, 2010 at 9:56 pm #

    mmm betul tu.. cara mendaftar ni pasti berguna..
    jawatan kosong´s last [type] ..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager

    [Reply]

    jawatan kosong - Gravatar
  4. amy  |  January 24th, 2011 at 11:26 am #

    Asslamualaikum..

    sy nak tnya..kalau dah reg tu..dah siap dapat email active tu. macam mana nk reg nama company ke ape ke..sehingga mendapatkan no utk perniagaan kita?

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Walaikum salam. Awak perlu ikut panduan yang disediakan oleh ssm di perkhidmatan e-lodgement.

    [Reply]

    amy - Gravatar
  5. esempoi  |  May 23rd, 2011 at 10:37 am #

    kakitangan kerajaan boleh daftar tak syarikat secara online?

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Kena minta kebenaran daripada ketua jabatan sebelum memohon pendaftaran perniagaan. Sekiranya, diluluskan barulah boleh memohon.

    Mudah-mudahan hasrat murni ini tidak mendapatkan tentangan daripada ketua jabatan. :)

    [Reply]

    esempoi - Gravatar
  6. snow  |  January 2nd, 2012 at 9:40 pm #

    nak tanye..selain maybank boleh?

    [Reply]

    snow - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge