Usahawan Menerusi Talian Dikenakan Tindakan Tidak Daftar Perniagaan

25 Jul, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging, kontest, Perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama.

***********************************

Aku hanya nak  kongsi tentang satu maklumat terbaru yang aku perolehi  tentang perniagaan yang dijalankan menerusi Internet disarankan melakukan  pendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekiranya anda  telah pun memulakan perniagaan secara online,  anda galakkan agar mendaftarkan perniagaan di SSM supaya aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah lebih terjamin dan diiktiraf oleh undang – undang.

Siapa yang patut mendaftarnya?

1-Peniaga,

2- usahawan Internet,

3-Sesiapa saja yang terlibat dalam menjalankan perniagaan melalui internet sama ada menjual produk, menawarkan perkhidmatan,

4- menjadi agen affiliate.

Mereka adalah golongan yang patut mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

Aku sangat setuju dengan langkah kementerian melaksanakan akta. Dan sebagai langkah penyelesaian untuk melindungi hak-hak pengguna. Mereka tidak akan terlepas daripada hukuman dalam melakukan penipuan di alam maya. Ini adalah satu berita gembira kepada pengguna yang selama ini sudah menjadi mangsa kepada penipuan yang dilukukan di internet.

So, kongsikan pandangan  atau ulasan anda tentang  isu ini?

p/s: Terima kasih  Amirol Zolkifli kerana sudi memberikan info ini.

Tentang Penulis: shaharil

Saya bernama Shaharil. Seorang insan biasa yang masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan. Salam Perkenalan dan Selamat Datang.

10 Responses so far | Have Your Say!

  1. etomyam  |  July 25th, 2010 at 6:42 pm #

    wow agen affiliate pun kena daptar jugak ek ?
    etomyam´s last [type] ..Tablet Computer Termurah Di Dunia

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Nampaknya begitulah bro. Aku pun nak daftar juga ni. Senang sikit nak berniaga di internet tanpa sebarang sekatan dan halangan.

    [Reply]

    etomyam - Gravatar
  2. bujang3  |  July 26th, 2010 at 2:08 am #

    Salam !!! Terima kasih atas kunjungan hari tu… aku dah add link ko kat tempat aku…harap dapat buat yang sama… TQ

    Tentang entri di atas ; nampaknye nak berniaga kat internet pun dah kena berlesen… biasa ler… sekarang nie semua dah dipantau kerajaan… nak jual gula pun dah kena lesen…. apa lagi yang lain !!!
    bujang3´s last [type] ..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Insya Allah, permintaan tersebut akan aku cuba ditunaikan. Ko mungkin menjadi orang pertama aku letak dalam list tersebut.

    [Reply]

    bujang3 - Gravatar
  3. Mentol Bulat  |  July 26th, 2010 at 9:52 pm #

    Salam kenalan menerusi link bujang3…. jemput lah lawat ke blog saya

    Soal daftar ne kerajaan memang cekap kerana depa boleh cekup peniagaan internet tak da lesen lagi pun depa dapat duit saman dan cukai lagi…. he he he

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Bagus la kalau macam tu. Hak rakyat akan lebih terjamin.

    [Reply]

    Mentol Bulat - Gravatar
  4. | shaharil.com  |  July 28th, 2010 at 12:19 am #

    [...] aku telah menulis tentang usahawan menerusi talian dikenakan tindakan, sekiranya tidak mendaftar perniagaan mereka. Tapi pada kali aku ingin berkongsi malumat tentang [...]

    | shaharil.com - Gravatar
  5. titan  |  July 28th, 2010 at 11:05 am #

    hoho..kenalah wat sesuatu lepas nih..
    titan´s last [type] ..Dapat 40 Dollar untuk kerja 1 Minit

    [Reply]

    titan - Gravatar
  6. slimdiet2  |  November 3rd, 2010 at 4:48 pm #

    niaga kecik2 pun kene daftar ke?
    slimdiet2´s last [type] ..JOM TUKAR LINK

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Seelok-eloknya kena daftar la. Itu yang terbaik.

    [Reply]

    slimdiet2 - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge