Apabila cybercafe menjadi rumah kedua

4 Jul, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: sosial

Cybercafe atau lebih dikenali dengan panggilan cc menjadi rumah kedua selain rumah mereka diami terutamanya golongan remaja.  Sesetengahnya telah menganggap sebagai  rumah sendiri.  Rumah yang mereka tinggal hanya sebagai tempat untuk tukar baju, mandi dan makan. Selebihnya menghabiskan masa di cybercafe. Mereka tidur tanpa segan silu walaupun ada pengunjung yang datang dan keluar masuk.

Mereka ini berusia seawal  lima tahun hingga belasan tahun dah melepak kat cybercafe dan bermain game. Ibu bapa mereka kurang nak mempedulikan mereka kerana sibuk bekerja. Pergi kerja awal pagi balik tengah malam. Itu yang berlaku. Anak dibiarkan bermain dan berkawan dengan sesiapa saja tanpa mengira usia. Aku tengok sendiri budak yang berusia 5 tahun ini sudah pandai main dan lebih terra.

Kebanyakannya mereka terdiri daripada golongan tidak bersekolah dan tidak berminat lagi pergi sekolah.  Yang tak pergi sekolah disebabkan ketidakmampuan ibu bapa mereka menampung kos persekolahan.  Bilangan anak yang ramai dan keretakan rumah tangga  turut menyumbang perkara ini.

Ada yang  ibu bapa mereka suruh pergi sekolah. Tetapi  memilih lepak di cybercafe untuk menghabiskan waktu persekolahan. Beranggapan pergi sekolah adalah perkara yang membosankan.  Selain itu, tak kisah sangat dengan masa depannya. Yang dia tahu, lepas SPM boleh kerja kilang. Itu saja.

Orang menjaga cybercafe pun naik bosan dengan gelagat budak-budak ini. Sudah dihalau pun datang balikk lagi. Nak tak nak biarkan sajalah.

Tentang Penulis: shaharil

Saya bernama Shaharil. Seorang insan biasa yang masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan. Salam Perkenalan dan Selamat Datang.

12 Responses so far | Have Your Say!

  1. Paksu-IT  |  July 4th, 2010 at 9:25 pm #

    itulah pengaruh IT pada budak2 zaman sekarang ni.. xboleh nak elakkan lagi.. kadang kala bila terdengar budak2 umo 10 tahun dah power main FB, kite pon naik segan sbb yg dah tue pon xreti2 lagi.. haha..
    Paksu-IT´s last [type] ..Jangan Beli iPhone 4 yet

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Itulah realiti budak-budak zaman sekarang ni. hehehe.

    [Reply]

    Paksu-IT - Gravatar
  2. Abi Darwish  |  July 4th, 2010 at 9:39 pm #

    Bagus bro. ini tanggungjawab sosial. kita kena pantau anak2 ini. ksian dorang. belum knal dunia da hanyut.

    ish3..btul kata cicak.=)

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Ayuhlah kita sama pantau anak-anak ini. Memang betul kesian dorang.

    [Reply]

    myFirdaus Reply:

    pemantauan kne meliputi semua aspek…. kalau bab2 internet nih, aku pastikan adik2 aku online kat umah jer…. WiFi dah secure, line internet pon dah berfilter….. lappy masing2 aku dh install Norton Parent Control… snang nak kawal…
    myFirdaus´s last [type] ..Streamyx… oh Streamyx…

    [Reply]

    Abi Darwish - Gravatar
  3. myFirdaus  |  July 5th, 2010 at 1:49 am #

    aku cukup2 x suke duk kat CC…. tiada privasi langsung…. aku kalau nk online, mesti ade privasi bru best….
    myFirdaus´s last [type] ..Streamyx… oh Streamyx…

    [Reply]

    myFirdaus - Gravatar
  4. ishak  |  July 6th, 2010 at 6:30 pm #

    risau ngan budak budak akhir zaman ni tau…..
    ishak´s last [type] ..Oh marshanda I love you

    [Reply]

    shaharil Reply:

    Risau tu memang risau. Aku risau jugak kalau sedara mara aku terlibat dengan gejala ini.

    [Reply]

    ishak - Gravatar
  5. RozaniGhani  |  July 18th, 2010 at 7:10 pm #

    ada yang siap bawa bantal untuk tidur kat cc.
    RozaniGhani´s last [type] ..Percubaan Mengikut Tutorial Etomyam- Floating Social Bookmark Gaya Mashable

    [Reply]

    RozaniGhani - Gravatar
  6. zik  |  July 20th, 2010 at 1:22 am #

    selalu gak pegi cc nie . terutamanya bila balik kg… memang budak2 sekolah yang conquer semua tempat… duk main game je.. countersrike, ngan dota (aku le tuh)..hehe
    zik´s last [type] ..Bijak wang- perkara asas yang anda perlu tahu mengenai unit trust

    [Reply]

    zik - Gravatar
  7. Selamat Tinggal Celcom Broadband | shaharil.com  |  August 1st, 2010 at 3:15 am #

    [...] dan memenuhi masa rasa lapang adalah melayari internet. Lagipun rumah aku sangat jauh daripada cybercafe. Jenuh nak pi sana. Bukan dekat pun dengan rumah. Nak pi kena naik [...]

    Selamat Tinggal Celcom Broadband | shaharil.com - Gravatar
  8. Pejuang Kesenian Extreme  |  November 14th, 2010 at 6:30 am #

    Selalu juga lepak cc..Lega cc di tempat sy ni tidak membenarkan budak yg berumur 12 tahun ke bawah untuk menggunakan komputer tanpa penjaga.Tapi budak 18 tahun ke bawah pulak yg berleluasa..
    Pejuang Kesenian Extreme´s last [type] ..Karangan Budak Sekolah Yang Lucu

    [Reply]

    Pejuang Kesenian Extreme - Gravatar

Leave a Feedback

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge