Semalam aku telah menulis tentang usahawan menerusi talian dikenakan tindakan, sekiranya tidak mendaftar perniagaan mereka. Tapi pada kali aku ingin berkongsi malumat tentang bagaimanakah cara untuk medaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Kelayakan yang perlu ada pada untuk mendaftar perniagaan adalah Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang Berumur 18 tahun ke atas.
Bayaran yang dikenakan adalah RM 30 bagi perniagaan tunggal yang menggunakan nama peribadi seperti yang tertera dalam Kad pengenalan anda. Misalnya, shaharil Marketing, Shaharil profit online dan sebagainya.
Bagi yang menggunakan nama dagang iaitu tiada kaitan dengan nama pemohon, bayarannya adalah RM60 . Contohnya, Jiwang Network dan Bizonline adalah contoh nama dagang.
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:
1- Pergi ke cawangan SSM yang berdekatan dengan kawasan anda. Jika anda tinggal di kawasan puchong misalnya, cari SSM di kawasan puchong.
2- Secara online. Layari website SSM untuk mendaftar dan mencari nama syarikat secara online. Pasal cara untuk mendaftarnya pulak anda boleh mencubanya sendiri ya.
Selepas anda sudah mendaftar syarikat anda digalakkan membuat website dengan menggunakan domain sendiri. Hal ini kerana memudahkan pelanggan anda berkomunikasi secara talian atau di internet. Selain itu, Meningkatkan tahap profesionalisme dalam perniagaan di mata bakal pelanggan dan pelanggan tetap anda. Seterusnya, pembinaan jenama syarikat dapat dilakukan dengan mudah dan mendekatkan lagi hubungan dengan mereka. Kebanyakan syarikat mempunyai website sendiri.
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama.
Transisi, lain daripada yang lain menjadi akhbar yang terbaru yang diterbitkan. Akhbar ini diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia ( UUM) . Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Azizi. Akhbar ini lebih memfokuskan segmentasi pasaran mereka kepada golongan pelajar. Memang amat sesuai untuk golongan mahasiswa dan mahasiswi.
Akhbar ini diterbitkan secara berkala iaitu dua minggu sekali setiap bulan. Akhbar boleh dilanggan melalui borang pesanan yang disediakan dalam akhbar itu sendiri. Selain itu, korang boleh membacanya secara online.
Pelbagai isu yang dikupas seperti sukan, isu semasa, kampus, sihat, dan banyak lagi. Akhbar ini adalah Akhbar yang berbentuk Tabloid.
Studen UUM rasanya boleh mendapatkan akhbar ini secara percuma di dewan penginapan pelajar masing-masing. opshh… bukan promosi tapi menggalakkan memanfaatkan benda yang percuma.
Sekarang ini, akhbar ini dah masuk edisi yang keempat. Jangan ketinggalan. Dapatkan dengan segera. cehhh wah… hehehe…
SEO site tool adalah Extention yang dikhususkan untuk Google Chrome. Extention ini membantu sahabat- sahabat yang menggunakan Google Chrome memberikan maklumat penting tentang sebuah website atau blog. Tidak kiralah blog tersebut sahabat kita atau pesaing kita.
Antara info penting yang dapat diberikan oleh extention ini adalah seperti berikut:
1- External page element seperti populariti sebuah website/ blog di Alexa.
2- Info media sosial seperti twitter, facebook share, likes dan comment, digg serta reddit.
3- Info Domain/ server yang kita gunakan.
4- Page Rank.
Anda berminat untuk menggunakan extentention ini. Sila klik di sini.
Selamat mencubanya.
P/s: Sebelum install extention ini, sila tengok video di atas terlebih dahulu. Terima kasih.
Sebelum saya melangkah lebih jauh dan meneruskan perjuangan untuk berkongsi infomasi dan maklumat di dalam dunia blogging, Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bukan seorang pakar dalam berblogging. Saya hanyalah seorang pelajar varsiti yang ingin berkongsi maklumat apa yang diketahui dan ilmu pasal blogging, motivasi dan perniagaan.
Jadi apa saja yang ditulis dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa pun tidak kira yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Tidak kiralah artikel mahupun tutorial yang diterbitkan dalam blog ini.
Selain itu, artikel mahupun entri yang diterbitkan adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian yang dilakukan, percubaan secara try and error dan kajian yang dibuat. Semuanya mungkin sesuai untuk saya tapi tak sesuai untuk anda. Seandainya tidak sesuai untuk anda, saya menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan. Zahir dan batin. Saya juga pernah melalui proses tersebut. Apabila cuba tutorial yang diterbitkan blogger yang lain, tidak menjadi. Saya tidak berputus asa. Saya cuba terus berusaha sampai berjaya. Baru boleh jadi blogger yang kental. Cehhh wah…