30 Jun, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel

2010 06 30 170750 Apa itu formspring.me? Formspring.me adalah laman web yang berbentuk soal jawab.   Dan Formspring.me boleh diibaratkan sebagai kaunter perkhidmatan pelanggan.  Setiap   orangboleh bertanyakan soalan dan menerima soalan dari sesiapa  saja.  Tidak kira  daripada orang ada akaun Formspring.me atau tidak memiliki akaun.

Formspring.me mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Yang baiknya, merapatkan hubungan antara pembaca dan penulis blog itu sendiri.Dan yang buruknya adalah kita bebas bertanyakan soalan yang berbentuk peribadi, personal mahupun berbentuk porno. Boleh buat seram sejuk dan kecut perut dibuatnya.

Anda berminat dengan Formsping.me.  Bolehlah  sign up atau log in dengan menggunakan akaun facebook anda kalau ada. Ikut mana yang anda suka. opshh.jangan lupa, follow saya di http://www.formspring.me/shaharil ya. icon smile Apa itu formspring.me?

Lagi satu, blog ini ada menyediakan ruangan formsping ini di bahagian sidebar sebelah kanan yang bertajuk tanyalah shaharil. Jadi, nak tanya soalan tu adalah dialu-alukan. Nak guna nama sendiri(username) atau Anonymously. Terpulang kepada anda. Kalau ada berani atau gentlement gunakan nama sendiri.

29 Jun, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Setelah puas aku blogwalking dari satu blog ke satu akhirnya berjaya menemui theme yang sesuai dengan blog ini. Pelbagai theme aku yang telah dicuba dan pasang blog tetapi semua kurang menjadi. Ada saja yang kurang. Hilang bahagian penting seperti home. Benda tu memang penting kerana memudahkan pengunjung kembali semula ke page utama. Tukar pulak yang lain bahagian yang hubungi, sitemap dan empunya pulak yang tak ada. Ada yang ok, tapi tak berkenan di hati.

Macam -macam theme aku cuba gunakan dekat blog ini. Hampir semuanya tak sesuai. Walaupun ada yang lawa dan senang diuruskan. Siang malam aku mencari theme yang sesuai tapi ini juga yang sesuai. Kalau bangun tidur saja terus buka laptop dan buka blog. Itulah dilakukan setiap hari.  Maklumlah, tak ada kerja  lain yang nak dibuat. Rasa berbaloi dengan apa yang buat selama beberapa minggu semenjak makhluk asing komen dekat blog ini.

Sebenarnya Rockwell Theme adalah theme yang pertama sekali digunakan dalam blog ini. Tapi  akan daya, mood sudah mulai hilang dan boring. Maka aku asyik menukar theme yang baru. Selamat tinggal Rockwell Theme. Mungkin, aku tiada jodoh untuk memakainya lebih lama. icon smile Theme blog yang baru... Ok ke?

Rasa penting juga nak bagi tau pasal mengedit theme. Biasanya kerja mengedit dilakukan secara online bukan offline.  So, aku minta maaf kalau terkejut semasa kerja-kerja tersebut dijalankan. Kadang kala aku mengedit theme ni tak mengira waktu. Harap anda jangan marahkan saya ya. icon smile Theme blog yang baru... Ok ke?

Sebarang komen dan cadangan daripada sahabat -sahabat sekalian adalah dialu-alukan untuk menambah baik lagi Shaharil.com

24 Jun, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Membuat screenshoot blog untuk sesuatu blog atau website sudah menjadi kemestian dalam di blogging.  Setiap bloggger pasti akan membuat screenshoot untuk berbagai-bagai tujuan sama ada untuk dijadikan gambar  artikel blognya atau previu blog orang.

Terdapat dua cara membuat screenshoot, pertama secara manual dan keduanya menggunakan plugin pada browser atau program aplikasi.

Secara peribadi, screenshoot secara manual tu agak kureng sikit.  Pernah jugak  mencubanya tapi gagal.  Lantas, saya memilih cara kedua untuk membuat sreenshoot. Dan ini juga sesuai kepada sesiapa yang tidak mengetahui cara yang pertama.

Berikut adalah cara membuat screenshoot  dengan menggunakan cara yang kedua.

Menggunakan program aplikasi

1- FastStone Capture -  Aplikasi yang mantap untuk membuat screenshoot.  Kerana boleh digunakan di pelbagai sudut dan ruang. FastStone Capture ini  membantu membuat saiz screenshoot yang dikehendaki. Kecil, besar, keseluruhan page atau bahagian header saja pun boleh.  Anda boleh mencubanya secara percuma atau berbayar. Kalau mampu gunakanlah yang berbayar. Tempoh 30 hari diberikan sebagai tempoh percubaaan saja.

Menggunakan Addon pada browser firefox

1- FireShot-FireShot ini dilengkapi dengan set untuk tujuan mengedit sreenshoot, di mana pengguna boleh mengubah dengan secepat mungkin dan memasukkan teks dalam  gambar tersebut. Plugin adalah percuma. Lokasi FireShot adalah sebelah kanan di bahagian atas (header). Gambar yang ditangkap boleh disimpan dalam disk dalam bentuk PNG, GIF, JPEG, BMP.

2010 06 24 123253 81x125 Cara Membuat screenshoot blog

2-Screengrab –  Screengrab ini yang merupakan sebagian dari plugin firefox dan   mungkin memilih untuk menyimpan sreenshoot blog secara keseruhan page, pilihan, dan terbuka. Plugin ini telah diupdate pada 25 mac 2010.

Demikian 3 Cara membuat sreenshoot yang  anda bisa cuba. Anda boleh memilih screeenshoot mengikut citarasa dan kesesuaian gambar sreenshoot yang ingin ditangkap.

Selamat mencuba. icon smile Cara Membuat screenshoot blog

19 Jun, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

images Jadilah Diri Kita Sendiri adalah TerbaikDalam Dunia blogging, penulisan posting blog  mestilah original dan bukannya memplagiat hasil karya orang lain.  Itu realiti berblogging yang sebenar.   Tidak dinafikan pada awal penglibatan kita barangkali banyak mengambil posting orang lain dalam mengemas kini blog.  Sebabnya mudah, supaya blog kita sentiasa dikunjungi dan mendapat traffik .  Itu hanya untuk jangka pendek dan tidak berkekalkan. Tetapi kita seharusnya  memikirkan kesan jangka panjang.

Kesan jangka panjang ke blog kita.

1- Tidak meningkatkan traffik blog sendiri. Jika kita update blog dengan menggunakan posting orang, blog kita sebenarnya tidak banyak mendapat traffik. Tetapi meningkatkan blog orang tersebut. Lebih baik kita memikirkan untuk menaikkan traffik blog kita  bagi  tempoh jangka masa yang panjang.

2- Menimbulkan perasaan benci. Mungkin pemilik blog tersebut akan marah dan benci terhadap kita kerana tidak meminta kebenaran untuk menerbitkan semula posting tersebut. Sebabnya, tidak menghormati karya dan hak miliknya.  Penyelesainya, minta kebenaran daripada pemilik tersebut. Dan buat kredit link kepadanya serta tidak mengubah isi kandungan posting tersebut.

3-  Kelihatan tidak profesional. Jika kita berblogging untuk jangka panjang, lebih baik menulis berdasarkan kemampuan diri sendiri.  Suatu hari nanti orang akan tahu juga siapa kita. Pecah tembelang itu lebih susah. Nanti susah hendak mengembalikan kepercayaan orang lain. Lebih bermula dengan diri kita yang sekarang ini untuk berblogging. Walaupun tidak hebat seperti orang lain. Ini adalah proses untuk kita mengenal diri kita siapa. Anggaplah kita bayi yang baru dilahirkan semula dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu menjadi diri kita sendiri adalah  terbaik. Ada beberapa penyelesaian untuk menjadi diri sendiri dalam dunia blogging.

1- Menulis berdasarkan pengalaman. Setiap  orang mempunyai pengalaman dalam hidup. Tidak kiralah, kita sebagai tukang kasut, seorang pelajar, kita berkerja sebagai seorang cikgu dan sebagainya. Semua itu boleh dijadikan entri blog.

2- Berani. Sikap berani yang dimaksudkan adalah berani mencuba , berani menerima segala kritikan dan nasihat orang lain. Tiada makna kejayaan tanpa halangan. Semakin banyak kita mencuba, semakin banyak kita tahu. Yang penting, memperbaiki kesilapan yang lalu.

3-Menulis berdasarkan minat.  Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Jadi tulislah pasal benda yang kita minat. Kalau kita minat pasal kereta. Posting blog, lebih bercerita pasal kereta.

Jadilah diri kita yang terbaik. Kejayaan di tangan kita dan bukannya orang lain.

18 Jun, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Personal

Sudah menjadi lumrah hidup si bujang sulung merantau walaupun dalam negara dan negeri sendiri. Kini si bujang sulung tidak lagi tinggal di Klang.  Sekarang dia menetap sebuah tempat yang nama Puchong, yang masih lagi dalam negeri  Selangor.

Bagai mencari angin perubahan dalam  hidup sehingga sanggup berhijrah  ke daerah yang lain. Selain  mengikut kata ibu dan bapanya. Biasalah, kata mereka mesti dipatuhi oleh seorang anak sebagai tanda hormat dan patuh perintah agama.

Pada pandangan  si bujang sulung  Puchong tidak sama seperti Klang.  Rumah yang diduduki di Klang  adalah kawasan Bandar yang dikelilingi pasar raya Tesco Giant dan Jaya Jusco.  Macam lengkap segala-galanya. Nak beli barang hanya perlu jalan kaki  terutamanya ke Tesco. Itu yang memyebabkan si bujang sulung berat hati untuk meninggalkan Klang.

Di Klang, si bujang sulung menuntut ilmu dari Tingkatan satu sampai tingkatan enam di dua buah sekolah yang berbeza. SMK Sri Andalas adalah sekolahnya sampai tingkatan lima.  Dan selepas itu  ke  SMK Dato Hamzah adalah destinasi melanjutkan pelajran Tingkatan enam.

Banyak kenangan yang tertulis dan tercipta  oleh si bujang sulung di Daerah Klang. Kini semuanya menjadi  kenangan yang terindah.

Duhai kawan kawan yang masih tinggal di Klang,  walaupun kita  jauh tetapi dekat di hati. Semoga persahabatan kita kekal selamanya. Lepas ini, aku barangkali jarang untuk ke Klang Lagi.