30 May, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Setelah aku puas merayau dari satu blog ke satu blog. Aku terjumpa satu plugin yang penting iaitu top commentators.

Plugin ini berguna kepada pengguna wordpress terutamanya yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Antara sebab-sebabnya ialah:

1- Menghargai pembaca dan pengomen yang meninggakan komen di blog kita. Plugin ini bertindak sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jadi, ini menggalakan situasi menang-menang.  Hal ini juga bakal menaikkan semangat mereka utuk terus kekal bagi meninggalkan komen di blog kita.

2- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama. Dalam konteks ini, pemilik blog tersebut merapa lainatkan lagi hubungan antara sesama blogger selain pembaca itu sendiri.

3. Menaikkan traffik secara tidak langsung. Walaupun kita mendapat bilangan traffik yang sedikit tetapi turut memberikan kesan. Bilangan prospek dan pelawat yang meminati blog kita bakal bertambah. Lagipun, traffik yang kita dapat adalah percuma.

Sebelum aku mengakhiri ini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bro Mijie kerana sudi menyediakan tutorial top comentators. Berdasarkan tutorial tersebut, aku berjaya menghasilkan ruangan Pengulas Tegar.

Jika nak tambah traffik ke blog kalian, rajin-rajinlah komen dekat blog ini. icon smile Plugin terbaru: Top Commentator di...

28 May, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Motivasi

Ini adalah perumpamaan antara kelas yang penuh dan  gelas yang kosong.

Gelas yang penuh…

Sentiasa menganggap yang betul saja adalah dirinya.

Tidak menerima kritikan dan nasihat orang lain.

Beranggapan sudah pandai segala-galanya. Tak perlukan bantuan orang lain.

Kalau pergi mana-mana majlis ilmu menutup rapat pintu hati dan minda untuk menerima ilmu baru. Adakalanya tujuan untuk datang adalah untuk  berdebat dan bersikap menunjuk – nunjuk kepada orang lain. Dan bukannya datang untuk belajar.

Ini antara gambaran gelas yang penuh.

Gelas yang kosong bagaimana pulak?

Sentiasa merendah diri

Bercakap sopan santun dan berbudi bahasa

Menghormati pandangan orang lain walaupun datang daripada orang yang kecil.

Menganggap ada orang yang pandai dan lebih hebat.

Bagaikan orang dahagakan ilmu pengetahuan.

Gelas yang penuh ini apa bila air diisi,  air tersebut terus tertumpah. Begitu juga dengan orang yang menganggap pakar dalam sesuatu bidang. Gelas yang kosong terus menerima air dan ilmu yang dipelajari dan dikutipnya daripada orang lain.

Justeru..

Mari kita renungkan sejenak…

Kita digolongan yang mana?

Tepuk dada, tanya hati dengan ikhlas.

Kita yang tentukan, bukan orang lain.

26 May, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Blogging

Menulis outline mahupun draf secara kasar adalah amat penting dalam dunia penuisan blog.

Setiap idea ataupun isi yang hendak ditulis dan disampaikan nampak lebih tersusun dan kemas. Taklah nampak berserabut sangat dan tunggang langgang. Maksudnya, mendahulukan  apa yang patut dahulu.

Pembaca menjadi senang memahami apa yang disampaikan. Seterusnya, akan mengingati fakta tersebut. Proses penyampaian dan pertukaran maklumat lebih berkesan antara blogger dan pembaca.  Kita juga dapat mengelakkan salah tafsir dan faham terhadap sesuatu maklumat.

Kita sebagai blogger pun tidak lari daripada apa yang ingin dibincangkan dan disampaikan. Penerangan yang dibuat tidak menjadi carca marba.  Isi kandungan topik tersebut lebih banyak fakta dan idea yang bernas.

Akan tetapi, yang menjadi persoalannya ialah apakah yang patut ada pada  outline topik  dalam berblogging?

Pengenalan – menerangkan tentang topik yang bakal dibincangkan. Seterusnya menerangkan isi kandungan topik tersebut.

Isi – Perkara penting  perlu dalam topik perbincangan.  Dan menyokong idea yang ditulis dan disampaikan. Bilangan isi sekurang-kurangnya tiga. Bertambah molek lagi sekiranya jumlah dalam angka yang ganjil.

Penutup – Perkara dan benda yang ingin dirumuskan dalam topik tersebut.

Perkara ini mungkin dianggap remeh tetapi bakal memberi impak dalam penulisan blog anda.

1 May, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Personal

Ketika Si bujang sulung nak beli tiket untuk ke Kuala lumpur. Si bujang sulung pun tanya ada tiket tak ke KL. Dia pun menjawab ada. Nak turun mana? Stadium Bukit Jalil atau Hentian Duta. Si bujang sulung terkejut seketika. Nak turun mana ya? kata jika nak turun juga, macam mana? Kerani tiket tu kata seandainya bas berhenti dekat Puduraya, boleh disaman sebanyak RM 300. Fuuh, Si bujang sulung terpinga-pinga seketika. Nak tak nak, kena beli juga. Si bujang sulung pun beli dan memilih untuk turun di Stadium Bukit Jalil.

Setelah sampai ke KL, Si bujang sulung menukar pelan dengan turun di Hentian Duta. Pemandu bas bagi tau, depan tu ada bas ke Puduraya. Si bujang sulung bergegas turun dan naik Bas Rapid KL. Bayaran yang dikenakan adalah RM 2 . Masa yang diambil adalah dua puluh minit.

Setelah sampai di Puduraya, Si bujang sulung bergegas ke stesen bas Klang berhampiran Pasar seni. Dalam perjalanan , tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali. Dia cakap mungkin dalam bahasa cina. Si bujang sulung jawab Melayu. Sebabnya, tak faham apa yang dicakapnya. Maklumlah muka macam cina. Itu mungkin sebabnya dia cakap cina kot. Bagi Si bujang sulung , orang cakap sudah menjadi lumrah.

Si bujang sulung kata nak cepat. Dia kata baru keluar penjara dan sudah pernah bunuh orang. Dengan kasarnya, minta duit RM 2 untuk makan. Si bujang sulung kata tak ada. Dua ringgit sahaja. Mau mati ka? Sambil mengugut Si bujang sulung . Tanpa berfikir panjang, aku bagi lima puluh sen yang ada dalam poket. Si bujang sulung kata duit tambang untuk balik yang ada. Dia mengambil duit tersebut lalu terus beredar.

Si bujang sulung naik bas dan terus balik Ke Klang.