Buat blog ni dapat duit ke ? Berapa banyak dah dapat ? Macam-macam lagi soalan ditanya pasal dunia blogging ni. Kadang- kadang, naik bosan juga kerana member aku ni, asyik tanya pasal pendapatan daripada dunia blogging.
Habis tu, kenapa buat blog?
1. Memberi kepuasan diri.
Buat blog memang memberi kepuasan kepada diri. Kenapa tak percaya? Cuba tanya kepada para blogger sekalian. Kenapa mereka berblogging? Jawabnya… Dalam dunia penulisan blog kita dapat meluahkan apa saja tetapi seharusnya boleh memberi manfaat kepada orang lain. Lepas tu, baru boleh menjana pendapatan.
2. Menjana pendapatan
Bab yang ini aku sendiri pun belum merasai pendapatan daripada buat blog. Lagipun, belum sampai masanya untuk menerima pendapatan tersebut. Sebabnya, jumlah duit yang terkumpul untuk cash out belum mencukupi. Percaya atau tidak, itu terpulang… Tapi seorang penggiat dunia blogging ni telah menyara hidupnya dan membeli kereta dengan hasil pendapatan berblogging. Siap kuar kat surat khabar Kosmo! Lagi.
3. Mengisi masa lapang.
Sebab yang ketiga ini adalah berkait rapat dengan aktiviti online kat kafe. Boleh dikatakan setiap malam pada setiap hari aktiviti aku adalah online. Sambil online dan lepak dengan member-member yang lain, boleh juga mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti berblogging ini. Selain itu, mengeratkan hubungan silaturrahim dan menambah keakraban. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.
Ini antara sebab aku menyertai dunia blogging. OKlah, dah panjang lebar rasanya terang pasal benda ini. Apa- apa pun tuliskan komen anda kat ruang komen di bawah ini. : )

{ 10 comments… read them below or add one }
Kenapa sy suka blogging?
Kenapa sy suka blogging?
Sbb blogging tu best…
.-= Shahrul´s last blog ..PIC Lesson: EEPROM Data =-.
Akak blogging coz mmg akak buat online biz so sesambil tuh blogging dpt lah “spread the words” ttg biz akak… Tapi lebih pada tu, akak sebenarnya mmg minat berblogging dan dpt isi masa lapang dgn pelbagai info berfaedah..(walaupun sometimes macam buang masa hahaha!
)
.-= Finaz´s last blog ..Cara Buat Sendiri Banner Adobe Photoshop – Step by Step oohh baby! hehe.. =-.
wah, akak finaz sambil menyelam minum air nampak. huhuhu.. thanks kerana sudi melawat blog ini.
suke2 jew sebenarnya..buat blog lg best dri update blog..huhu
http://farhanrazak.blogspot.com
.-= Farhan´s last blog ..APA?!? HAPUSKAN KONSEP "JUNIOR-SENIOR" KAT SEKOLAH ?!? ANDA SETUJU?… =-.
1st time komen disini.
Aku berblogging sebab ada seorang blogger ni yang seolah-olah menghasut aku untuk
berblogging. Hal ini di sebabkan pendapatan daripada berblogging dia dalam lingkungan
3 angka++. So, aku pun terus beli domain sendiri dan start berblogging. Blog aku baru sahaja sebula setengah
it is ok. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
Aku blogging kerana sebab yg no.3…
Blogging untuk mengisi masa lapang sambil2 mencedok info2 di blog lain…
baguslah kalau macam tu… masa tak dibazirkan dan ilmu pun bertambah. terima kasih kerana sudi melawat blog shaharil.com.
Tujuan asal saya tulis blog dulu adalah untuk suka-suka. Namun selepas beberapa tahun blog dilihat mempunyai peluang untuk menambah pendapatan. Jadi hari ini saya berblog untuk suka-suka dan untuk menjana pendapatan.
teruskan usaha anda dalam dunia blogging.. salam perjuangan…terima kasih kerana sudi melawat blog shaharil.com