29 Apr, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Blogging

Sudahkah blog kitamempunyai tagline?  Sekiranya Ya, tahniah diucapkan. Blog yang wujudkan pada hari telah menjadi satu benda yang mesti.  Ini memandangkan jumlah blog yang sedia ada adalah terlalu banyak.  Pelawat yang melawat  blog kita untuk pertama kali, barangkali akan melupakan alamat atau URL blog kita. Kemudian, pelawat tersebut juga mempunyai  blog yang lain untuk dilawati. Seandainya ia lupa tetapi tagline blog kita masih diingati. Hal ini membantu untuk  berusaha mengingat kembali dan datang semula ke blog kita.

Klik disini untuk terus membaca entri penuh

27 Apr, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Blogging

Pada awal penglibatan kita dalam dunia blogging, secara kebiasaannya kekerapan aktiviti menulis isi kandungan blog adalah  sangat kerap dan boleh dikatakan setiap hari. Kadang kala, Setiap kali idea datang, masa itu juga nak kemas kini blog. Hal ini berpunca daripada semangat yang berkobar-kobar dan keinginan serta motivasi dalaman diri kita adalah tinggi. Faktor inilah yang mendorong kita untuk melakukannya.

Tapi sayang seribu kali sayang, setelah blog kita mendapat kedudukan yang baik dalam enjin pencarian terutama google, kita sudah mula melupakannya. Mungkinkah, kita sudah berpuas hati dengan pencapaian tersebut? Kalau tidak, tahniah diucapkan. Stastistik menunjukkan jumlah yang wujud di Malaysia lebih daripada 8 juta. Wauuu… hebat bukan. Itu baru di Malaysia, di seantero dunia macam mana pula? Saban hari, ada saja blog yang baru diwujudkan. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, agaknya di manakah kedudukan blog kita? Ada bagus. Ada bagus kah.

Kalau belum, apa nak buat ya?

1-      Menulis dengan kerap.

Seelok-eloknya menulis entri blog dengan sekerap yang boleh. Kita digalakkan setiap hari, satu entri.  Ini membantu kita untuk menaikkan kedudukan kita dalam enjin pencarian. Jika kita tak mampu untuk  tergolong dalam golangan yang disebutkan tadi atas dasar kesibukan, bekerja dan sebagainya, kita boleh memilih strategi yang sesuai dengan diri kita sama ada selang dua hari sekali atau pun seminggu sekali. Ini semua bergantung kepada diri kita.Yang penting sekali adalah konsisten, istiqamah dan berterusan.

2-      Melawat blog dan meninggalkan komen.

Melawat blog orang lain dan pesaing kita boleh dikatakan sebahagian aktiviti berblogging. Piih blog yang mempunyai niche market yang sama. Kemudian tinggalkan komen yang seelok-eloknya positif atau berkualiti  tanpa menyinggung perasaaan pemilik blog yang dilawati.

3-      Menulis entri yang original dan berkualiti.

Bab yang ini perlu diambil perhatian kerana melibatkan soal kredibiliti kita sebagai seorang blogger. Artikel yang ditulis biar atas usaha kita sendiri dan bukannya menciplak karya orang dan meletakkannya di  blog kita. Perkara ini perlu dielakkan.

Dengan ini, diharap dapat membantu anda dalam usaha untuk menaikkan kedudukan blog. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

23 Apr, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel, Blogging

Bilangan perkataan yang ditulis dalam setiap entri blognya adalah bergantung kepada penulis blogger itu sendiri. Adakalanya, entri yang ditulis itu terlalu panjang. Kadang kala terlalu pendek. Jadi, berapa bilangan patut ditulis? Ok. Itu  soalan yang bagus.

Jika anda adalah  seorang yang baru menceburi dunia blogging atau lebih dikenali sebagai newbies. Jika anda tergolong dalm golongan ini, maka  jumlah  perkataan adalah sekitar 200 patah perkataan. Kalau  lebih sikit, taka apalah. Sudah memadai sebenarnya, untuk buat permulaan.

Antara sebab-sebab yang telah dikenalpasti…

1- Mengelakkan dan mengurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Yang ini sangat penting. Kenapa? Kebarangkalian pembaca untuk datang semula ke blog anda adalah rendah sekiranya banyak sangat berlaku kesilapan ejaan dan tatabahasa. Mereka pun dapat menilai tahap kredibiliti dan imej yang kita miliki.

2- Kekangan masa untuk membaca.

Pelawat yang membaca blog kita juga mempunyai beberapa jumlah blog kegemaran mereka untuk dilawati dan membacanya. Kemungkinan mereka hanya membaca sepintas lalu saja jika artikel blog kita yang terlalu panjang. Inilah yang perlu difahami.

3. kurang fokus dan hilang tumpuan.

Secara purata kita fokus kepada bahan bacaan dalam tempoh sepuluh minit pertama sahaja. Selepas itu, mulalah hilang tumpuan untuk membaca dan mengantuk serta bosan. Betul tak? Lagipun, jumlah maklumat yang kita terpaksa terima adalah sangat banyak.

Kalau rasa nak tulis yang panjang-panjang pula sesuai untuk pengumuman dan  perkara yang penting saja. Jika tidak, buatlah yang pendek saja. Yang penting adalah kualiti bukannya kuantiti.

Seandainya, sebab-sebabnya ditulis itu tidak mencukupi, bolehlah tambah diruang komen yang disediakan. Tulis saja apa yang dirasakan ada kena-mengena dengan entri ini.

21 Apr, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel

Penggunaan kata ganti diri yang sering digunakan oleh penulis blog yang merujuk kepada penulis tersebut adalah aku, kita dan saya. Ini adalah antara kata ganti diri yang popular di Malaysia.

Penggunaan kata ganti diri,  Aku.

Aku adalah kata ganti diri yang sering dalam dunia blogging. Mereka berasa sudah sebati dan tidak kekok dalam aktiviti penulisan blognya. Golongan yang sering menggunakan aku dalam kehidupan seharian, maka boleh memilih aku sebagai kata ganti diri dalam penulisan blog. Kebanyakan pengguna kata ganti aku adalah lelaki. Ini adalah berdasarkan pemerhatian penulis secara rawak. Kih! Kih! Kih!

Bagaimana pula dengan kita dan saya?

Sesetengah penulis blog menggunakan kita dan saya dalam menulis entri blog mereka. Mereka berpandangan bahawa kata ganti diri kita dan saya adalah lebih sesuai untuk semua golongan. Selain itu,  kelihatan dan nampak lebih sopan dalam penulisan blognya. Barangkali, blogger tersebut tidak tahu siapa golongan sasaran pembacanya? Mungkin, itulah antara sebab blogger tersebut menggunakan kita dan saya.

Pendapat tuan empunya blog ini adalah…

Dalam blog ini, aku adalah kata diri yang sering digunakan.  Penulis berasa selesa dan sesuai dengan diri penulis. Walaupun nampak kasar pada pandangan sesetengah orang tetapi ianya bergantung kepada  keselesaan indivdu itu. Tapi taklah kasar sangat sebenarnya, Cuma bunyi yang kedengaran. Mungkin itu yang menyebabkan nampak kasar. Kadang kala, kita dan saya turut digunakan.

Setiap blogger mempunyai kata ganti yang dikatakan signifikan untuk dirinya. Jadi, pilih kata ganti yang sesuai dengan diri anda. Just be yourself.  icon smile Penggunaan Kata Ganti Diri Aku...

19 Apr, 2010  |  Penulis:  |  Kategori: Artikel

Permulaaan yang kurang baik untuk  aku pagi-pagi ini. Mengapa aku katakan demikian? Aku telah disuspek oleh polis dua orang  perempuan  atas kehilangan Handset jenama Sony Ericsson, jenis w. Seorang saja yang hilang Hanset sebenarnya dan  yang seorang tu hanya, tolong teman kot. Macam mana rupa? Aku pun tak tau. Malas nak tanya lebih lanjut. Kang, jadi macam polis pula.

Bermulaaaaa…. Kisaaaah Kehilangaaan  sebuah Handset

Sebagai student yang sentiasa mempunyai masa terluang yang  banyak, aku online  dekat makmal komputer yang disediakan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP).  Pada mula, aku duduk dekat PC yang ujung berhampiran   meja deskop  untuk sesi kaunseling secara online. Akan tetapi memandangkan kelajuan deskop tu lembab sikit, aku pun pindah ke sebelah dan sebelahnya. Di sinilah  kisah aku bermula…

Dua orang perempuan yang boleh dikatakan sebaya aku dating datang dan bertanya pasal benda yang hilang iaitu handsetnya. Macam-macam soal yang ditanya. Aku jawab apa yang ditanya. Macam Polis  buat kepada pesalah. Pendekkan cerita, mamat yang duduk sebelah aku tu pun blaaa.. blaa.. dari situ. Agaknya, dia berasa tak selesa dan rimas. Ini andaian aku saja.

Masalah ini berlarutan sehinggakan dia pesan pada kawanku dan ajak aku keluar… Dia tanya lagi, soalan yang sama pasal benda yang sama. Tapi kali ini, dia minta bantuan seorang yang lelaki yang boleh dipercayai.  Dan lelaki tersebut memeriksa  poket aku seluar. Tetapi benda yang dicari tak dijumpai.

Untuk mengelakkan ketegangan dan perkara yang tidak ingini serta diluar jangkaan berlaku.  Aku pun beredar dan balik bilik… fuuuhhh, lega rasa mengeluarkan apa yang telah menyerabutkan kepala otak aku pada pagi ini dengan bercerita kepada rakan sebilik.

Pengajarannya???

Pengajaran yang aku dapat…

    Klik disini untuk terus membaca entri penuh